top of page

Sempena Program Dwi Minggu Bahasa Ibunda, Unit Bahasa Melayu di telah mengadakan pelbagai aktiviti yang meluaskan pengetahuan murid tentang adat, budaya dan Bahasa Melayu.

Permainan Tradisional

Murid-murid darjah 1 dan 2 berpeluang mencuba beberapa jenis permainan tradisional Melayu seperti tarik upih, tapak kuda dan banyak lagi! Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid-murid mempelajari tentang permainan-permainan yang sering dimainkan oleh orang-orang Melayu pada zaman dahulu.

Darmawisata ke
Kampong Buangkok

Murid-murid darjah 4 melawat Kampung Buangkok untuk mempelajari tentang kehidupan orang-orang kampung.

​

Di sana, mereka bukan sahaja dapat berjalan sekeliling kamupung tetapi juga berpeluang untuk membuat epok-epok dan bunga rampai!

Pengalaman Menonton Teater
'Nuri Terbang Malam'

Murid-murid darjah 5 berpeluang menonton teater 'Nuri Terbang Malam' di Esplanade Recital Studio. Pengalaman ini mendedahkan murid-murid kepada evolusi muzik Melayu yang berubah mengikut peredaran zaman. Melalui aktiviti ini juga, murid-murid dapat mengenali dan menghargai muzik Melayu.

bottom of page